Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesVeteran Umno terus 'panaskan' isu pemilikan saham MAHB

    Veteran Umno terus 'panaskan' isu pemilikan saham MAHB

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Veteran Umno turut membangkitkan isu penjualan saham Malaysia Airport Berhad (MAHB) kepada syarikat pro-Israel meskipun telah diberikan penjelasan oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

    Setiausaha Veteran Umno Mustapha Yaakub mendesak kerajaan membatalkan cadangan menjual 30 peratus saham MAHB kepada Global Infrastructure Partners (GIP) subsidiari syarikat Blackrock yang pro Israel.

    “Sebaliknya menjual saham (MAHB) itu kepada Khazanah dan KWSP bagi membolehkan kedua-dua GLC itu memiliki sepenuhnya saham MAHB yang sekarang 70 peratus dimiliki mereka.

    “Veteran Umno tidak mahu MAHB sebagai satu entiti syarikat yang bertanggungjawab kepada keselamatan udara negara ini dimiliki atau dikongsi dengan syarikat asing.

    “Apa lagi GIP yang dimiliki oleh Black Rock berpengkalan di Amerika Syarikat (AS) yang ternyata membekalkan kemudahan persenjataan dan komunikasi kepada Israel yang telah membunuh puluhan ribu rakyat Palestin di Gaza,” katanya pada satu kenyataan, hari ini.

    Sebelum ini, perdana Menteri membidas pembangkang berhubung dakwaan mengatakan saham MAHB akan dimiliki syarikat pro-Zionis.

    Katanya, dakwaan itu tidak berasas dan dibangkitkan pembangkang hanya semata-mata untuk melahirkan kebencian rakyat kepada kerajaan.

    “…tiada yang positif daripada dia (pembangkang), hanya menghasut penuh dengan kebencian dan dengki. Segala kenyataan kita yang diakui oleh dunia termasuk pertemuan dengan pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh, tidak beri sesuatu yang positif kepadanya, yang dicari fitnah dan hasutan.

    “Ringgit dan bursa bertambah mengukuh itu hanya menyakitkan hati mereka,” kata Anwar pada sidang media di Astana, Kazakhstan, lapor Bernama.

    Terdahulu, Menteri Pengangkutan Anthony Loke (gambar atas) menolak dakwaan pembangkang bahawa Khazanah Nasional Bhd merancang untuk menjual pegangannya dalam MAHB kepada Global Infrastructure Partners (GIP), sebuah dana pelaburan prasarana yang berpangkalan di AS.

    ALSO READ:  Mahkamah Syariah, undang-undang Islam tak akan terkubur - Tengku Maimun

    Semalam Ahli Majlis Tertinggi Umno Mohd Puad Zakarshi berkata kerajaan wajib berterus terang dan tidak berdolak-dalik berhubung spekulasi penjualan saham Malaysia Airport Berhad (MAHB) kepada firma yang dimiliki syarikat pro Zionis

    Katanya, masih belum lambat untuk kerajaan membatalkan tawaran daripada konsortium berkenaan daripada memiliki saham MAHB.

    Ketua Pemuda Perikatan Nasional Afnan Hamimi Taib Azamudden (gambar atas) sebelum ini menegaskan sebarang syarikat yang pro-Israel tidak sepatutnya diberi ruang untuk bertapak di Malaysia, lebih-lebih lagi di tempat strategik seperti lapangan terbang.

    Afnan turut menimbulkan kebimbangan tentang keupayaan syarikat pro-Israel itu, mempersoalkan rasional di sebalik membenarkan syarikat yang mempunyai rekod prestasi yang lemah dalam menguruskan lapangan terbang memiliki saham dalam MAHB.

    Ahli Parlimen Machang Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal pula mendakwa rancangan pengambilalihan Malaysia Airports Holding Berhad (MAHB) oleh sebuah konsortium yang termasuk sebuah syarikat terkait pro-Zionis akan menjejaskan wibawa Anwar sebagai pejuang Palestin.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,248FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts