Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, November 22, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesVideo tular: Polis sahkan terima laporan Agus

    Video tular: Polis sahkan terima laporan Agus

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Polis Diraja Malaysia telah menerima laporan berhubung video yang tular yang memaparkan rakaman perbualan lucah yang dikaitkan dengan bekas Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff dengan seorang pegawainya.

    Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata laporan itu dibuat Mohammad Agus di Balai Polis Kajang pagi semalam.

    “Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi malam ini.

    Hussein berkata pihaknya akan memanggil beberapa individu dalam masa terdekat bagi membantu siasatan.

    Terdahulu, tular menerusi media sosial video berdurasi tiga minit memaparkan perbualan secara dalam talian antara lelaki didakwa mirip Mohammad Agus dengan seorang individu lain.

    Mohammad Agus pada sidang medianya di sebuah hotel di Bangi dekat Kuala Lumpur hari ini mendakwa video itu disunting dan telah membuat laporan polis berhubung perkara berkenaan.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts