Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesWabak penyakit merebak jangkiti kanak-kanak di Gaza

    Wabak penyakit merebak jangkiti kanak-kanak di Gaza

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Wabak penyakit kini merebak dengan pantas di kalangan penduduk Gaza, khususnya kanak-kanak disebabkan hampir keseluruhan infrastruktur termasuk sistem penjagaan kesihatan musnah akibat serangan Israel.

    Rakyat Palestin yang terpaksa meninggalkan rumah dan berhijrah ke kawasan selatan kini berdepan dengan cabaran untuk bertahan tanpa keperluan asas, terutama tempat perlindungan, menurut laporan Agensi Anadolu.

    Wabak penyakit menular semakin merebak disebabkan kekurangan makanan, peralatan kebersihan dan air kotor.

    Pakar-pakar kesihatan mengatakan bahawa jika gencatan senjata tidak dicapai dan bantuan kemanusiaan tidak dihantar ke wilayah tersebut, beribu-ribu penduduk mungkin akan mati akibat pelbagai penyakit, terutama wabak.

    Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, serangan Israel telah menyebabkan 85 peratus penduduk Gaza kehilangan tempat tinggal dalam keadaan kekurangan makanan, air bersih dan ubat-ubatan yang serius.

    Lebih daripada 60 peratus infrastruktur di wilayah tersebut turut rosak atau musnah akibat serangan tersebut.

    Israel memulakan serangan mematikan di Semenanjung Gaza pada 7 Oktober, menyebabkan sekurang-kurangnya 25,105 penduduk Palestin terbunuh dan 62,681 cedera.

    – Bernama-Anadolu

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,246FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts