Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlines'Wakil Bersatu gubal RUU antilompat nampak ringan-ringan saja'

    ‘Wakil Bersatu gubal RUU antilompat nampak ringan-ringan saja’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Wakil Bersatu menganggap remeh undang-undang anti lompat parti ketika merangka peraturan tahun lalu, kata Ketua Penerangannya Razali Idris.

    “Pada ketika itu, dia orang fikir benda yang nampak ringan-ringan saja,” katanya kepada Malaysiakini hari ini.

    Dia berkata undang-undang antilompat parti merupakan yang pertama seumpamanya di negara ini.

    Menurutnya, wakil Bersatu yang mengusahakan draf rang undang-undang itu, tidak menyangka akan ada ‘jalan keluar’ apabila menolak klausa yang memerlukan ahli parlimen mengosongkan kerusi mereka jika mereka menentang prinsip dan ketua whip parti.

    “(Wakil Bersatu) ingatkan tak ada yang lompat-lompat ni. Tapi, makin menjadi-jadi.

    “Dia (yang lompat) pergi tanya, eh ini boleh pergi sokong, tak lompat.

    “Pandai pergi celah tu. Jadi mungkin masa tu, orang ramai tak pikir pasal tu,” kata Razali.

    Semalam, bekas Menteri kesihatan Khairy Jamaluddin (gambar, bawah) mendakwa Bersatu paling lantang menolak klausa pada draf asal rang undang-undang antilompat menyebabkan parti itu kini berdepan kesukaran.

    Khairy berkata alasan ahli parlimen Bersatu menolak klausa itu kerana untuk “mengelakkan terlalu banyak kuasa yang diberikan kepada parti.”

    Sebelum ini, empat ahli parlimen Bersatu mengisytiharkan sokongan mereka kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim tetapi menegaskan mereka masih setia kepada parti pembangkang.

    Mereka ialah Iskandar Dzukarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar), Suhaili Abdul Rahman (Labuan), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang) dan Zahari Kechik (Jeli).

    Tindakan sedemikian tiada dalam peruntukan undang-undang antilompat, yang hanya menetapkan tindakan ahli parlimen atau Adun yang keluar parti mereka untuk menyertai parti lain.

    Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail turut menyuarakan sentimen sama dengan Khairy.

    Menteri dalam Negeri itu berkata wakil PN telah menghalang percubaan PH untuk memperkenalkan undang-undang ketat yang akan memaksa ahli parlimen mengosongkan kerusi mereka sekiranya mereka melanggar keputusan ketua whip parti.

    ALSO READ:  Rallying-Rovanpera goes back to his roots with victory in Latvia

    Sementara itu, Wan Junaidi Tuanku Jaafar, bekas Menteri undang-undang yang bertanggungjawab bagi rang undang-undang itu, dilaporkan berkata rang undang-undang asalnya pada 2021 menangani kelemahan yang baru-baru ini digunakan oleh empat ahli parlimen Bersatu itu untuk menyokong Anwar.

    Wan Junaidi mendedahkan empat Menteri kabinet pentadbiran Ismail Sabri Yaakob telah membantah klausa yang menyatakan sekiranya seseorang ahli parlimen menukar sokongan mereka di Dewan Rakyat kepada blok lawan, maka ia tertakhluk di bawah undang-undang antilompat.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts