Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesWaktu kerja anjal mungkin diperkenal tarik minat rakyat kerja di ladang

    Waktu kerja anjal mungkin diperkenal tarik minat rakyat kerja di ladang

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Kementerian Sumber Manusia sedang meneliti kemungkinan memperkenalkan waktu kerja anjal kepada pekerja ladang bagi menarik golongan muda terlibat dalam sektor berkenaan.

    Timbalan Menteri Sumber Manusia Mustapha Sakmud berkata kerajaan menyedari kesukaran mendapatkan tenaga kerja bagi sektor 3D (berbahaya, kotor dan sukar) dalam kalangan warga tempatan, termasuk di sektor perladangan.

    Katanya generasi muda memang kurang berminat terlibat bekerja dalam sektor 3D.

    Keadaan itu tambah Mustapha menyebabkan syarikat perladangan terpaksa bergantung kepada warga asing.

    Justeru beberapa langkah penyelesaian sedang diteliti bagi mengatasi masalah tersebut.

    “Ada cadangan supaya flexi hours (jam anjal) atau flexi week (minggu anjal) kepada anak-anak muda.

    “Kalau dia bekerja ladang sepanjang masa mungkin agak membosankan, tapi kalau bekerja macam di sektor O&G (minyak dan gas), dia boleh bekerja hanya lebih kurang dua minggu dan kemudian balik untuk buat kerja lain.

    “Ini antara cadangan yang dilontarkan kepada kementerian,” katanya sebagai menjawab soalan Ismail Abd Muttalib (PN-Maran).

    Terdahulu Ismail meminta kerajaan menjelaskan mengapa warganegara Malaysia tidak berminat bekerja di ladang dan langkah bagaimana diambil kerajaan bagi mengatasinya.

    Menurut Ismail, kerajaan menyediakan pelbagai kemudahan untuk pekerja sektor 3D namun masih gagal menarik penyertaan dalam kalangan rakyat tempatan.

    Keadaan itu, katanya, meletakkan Malaysia terlalu bergantung kepada tenaga kerja warga asing.

    Selain waktu kerja anjal, kata Mustapha, kerajaan juga meneliti kemungkinan memperkenalkan silibus berkaitan pekerjaan perladangan dan menyediakan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) tahap satu hingga tiga.

    “Semua ini sedang dikaji practicality (kebolehpraktikalan) di peringkat kementerian supaya kerajaan dapat menarik anak muda bekerja di ladang dan negara tidak lagi bergantung kepada buruh asing,” katanya.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts