Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Thursday, September 19, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesWan Fayhsal gesa k'jaan bentang RUU355 untuk 'elak dosa'

    Wan Fayhsal gesa k’jaan bentang RUU355 untuk ‘elak dosa’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Ahli Parlimen Machang Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal menggesa kerajaan membentangkan cadangan pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) bagi mengelakkan dosa” kerana tidak melaksanakannya.

    Menerusi hantaran di Facebook, Wan Fayhsal berpandangan cadangan pindaan itu perlu bagi memulihkan imej Mahkamah Syariah selepas beberapa pihak mencabar kuasanya.

    “Saya menyokong penuh pendirian PAS dan PN bahawa RUU355 perlu dibentang oleh kerajaan sendiri dalam masa terdekat untuk memastikan dosa tidak menjalankan undang-undang syariah tak jatuh pada semua orang (Islam),” katanya.

    Sebaik RUU itu dibentang, katanya, ahli parlimen boleh membahaskannya dan membuat undian di Dewan Rakyat.

    “Sudah tiba masanya ia dipinda untuk memperkasakan mahkamah syariah dengna meningkatkan tahap hukumannya yang tidak cukup hari ini, agar mahkamah syariah dipandang tinggi dan serius oleh rakyat Malaysia, khususnya umat Islam,” katanya lagi.

    Wan Fayhsal yang juga ketua pemuda PN turut memberitahu orang bukan Islam supaya tidak masuk campur dalam hal ehwal agama itu.

    Dia berkata undang-undang itu hanya terpakai kepada orang Islam, manakala orang bukan Islam boleh merujuk mahkamah sivil.

    Justeru, katanya lagi, orang bukan Islam tidak perlu membuat sebarang kenyataan yang boleh menimbulkan keresahan di kalangan orang Melayu dan Islam.

    Wan Fayhsal dipercayai merujuk kepada kenyataan Majlis Perundingan Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh, dan Tao Malaysia (MCCBCHST) sebelum ini yang menentang cadangan pindaan itu.

    Jumaat lalu, Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan turut memberitahu kumpulan itu supaya tidak mencampuri perkara itu.

    Dia mempersoalkan jika majlis itu cuba untuk menjadi ‘penyibuk’ dengan mengulas tentang perkara yang tidak membabitkan orang bukan Islam sama sekali.

    Sementara itu Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Mohd Na’im Mokhtar turut menyanggah kenyataan MCCBCHST yang mengatakan cadangan pindaan ke Akta Mahkamah Syariah 1965 tidak berperlembagaan.

    ALSO READ:  Kadar inflasi Malaysia kekal 1.5 peratus pada Dis '23

    Hal itu kerana, katanya, cadangan tersebut tidak boleh ditafsir sebagai mewujudkan undang-undang baru atau sama seperti yang sedia ada dalam Senarai Persekutuan.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,251FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts