Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesWan Junaidi ingatkan ahli Dewan Negara jaga adab ketika berbahas

    Wan Junaidi ingatkan ahli Dewan Negara jaga adab ketika berbahas

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur
    Ahli Dewan Negara diingatkan supaya sentiasa menjaga adab dan mengelakkan menggunakan perkataan tidak sesuai dan ‘unparliamentary’ ketika mengambil bahagian membahasakan usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (KSP RMK12) pada persidangan Dewan Negara yang bermula hari ini.

    Yang Dipertua Dewan Negara Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata ahli mesyuarat juga perlu mengelak daripada membangkitkan soal peribadi seseorang Menteri atau ahli-ahli kerajaan yang lain sekiranya tidak bersetuju dengan penjelasan yang diberikan.

    “Dengan perananan semak dan imbang yang dipikul, Ahli Dewan Negara perlu mengelakkan daripada menggunakan perkataan tidak sesuai dan ‘unparliamentary’ sebaliknya memberi komen yang konstruktif.

    “Kalau tidak bersetuju dengan apa yang Menteri cakap, tiada halangan untuk (beri pandangan dan cadangan) cuma bukan membangkitkan soal peribadi Menteri dan ahli-ahli kerajaan. Ini perkara dasar berkait dengan kepentingan negara dan rakyat. Saya harap semua memberi kerjasama kepada saya,” katanya.

    Beliau berkata demikian sebelum perbahasan KSP RMK12, yang dimulakan sejurus selepas Menteri Ekonomi Rafizi Ramli selesai membentangkan usul KSP RMK12 di Dewan Negara hari ini.

    Wan Junaidi berkata beliau tidak mahu situasi tegang seperti yang berlaku di Dewan Rakyat ketika sesi penggulungan KSP RMK12 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam, berulang di Dewan Negara.

    Sementara itu, Wan Junaidi memaklumkan Ahli Dewan Negara dibenarkan menghadiri sidang Dewan Negara tanpa bertali leher sebagaimana amalan di Dewan Rakyat ketika ini.

    Beliau berkata perkara itu diputuskan selepas perbincangan dengan Setiausaha Dewan Negara, Muhd Sujairi Abdullah.

    “Walaupun rasa payah sedikit kerana saya ini konservatif, tetapi kena akur dengan amalan yang dibuat di Dewan Rakyat, jadi kita bersetuju dengan apa yang dibuat di Dewan Rakyat terpakai di Dewan Negara,” katanya ketika menjawab pertanyan dari Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa.

    ALSO READ:  Rugby-Erasmus back as Springbok coach, Flannery and Brown added to technical team

    Sesi Khas Dewan Negara yang bermula hari ini akan berlangsung selama empat hari sehingga 26 September.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,247FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts