Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesWan Saiful didakwa 18 pertuduhan pengubahan wang haram

    Wan Saiful didakwa 18 pertuduhan pengubahan wang haram

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Ahli Parlimen Tasek Gelugor Wan Saiful Wan Jan, hari ini didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas 18 pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan RM5.59 juta.

    Bagaimanapun, ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu yang berusia 48 tahun itu mengaku tidak bersalah.

    “Tidak bersalah dan mohon dibicarakan (bagi pertuduhan berkenaan),” katanya sejurus semua pertuduhan dikemukakan di hadapan Hakim Suzana Hussin.

    Pada 21 Feb lalu, Wan Saiful minta dibicarakan atas dua pertuduhan termasuk menerima rasuah RM6.9 juta berhubung projek Jana Wibawa.

    Pertuduhan pertama kerana meminta rasuah dalam jumlah yang tidak ditentukan dan kedua kerana menerima rasuah RM6.96 juta antara 8 Julai 2022 dan 30 Sept 2022.

    Dia dituduh meminta rasuah daripada individu bernama Lian Tan Chuan sebagai dorongan untuk membantu Nepturis Sdn Bhd mendapatkan projek “Central Spine Road: Sertik Ke Persimpangan Lebuhraya Pantai Timur” daripada kerajaan persekutuan.

    Projek itu sepatutnya bernilai RM232 juta.

    Pertuduhan kedua Wan Saiful didakwa menerima, melalui syarikatnya WSA Advisory Group Sdn Bhd, wang RM6.96 juta daripada Nepturis sebagai dorongan untuk membantunya mendapatkan surat anugerah bagi projek yang sama.

    Dia berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan.

    Jana Wibawa atau “Program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa”, merupakan program peranangsang untuk kontraktor bumiputera susulan Covid-19.

    Pentadbiran Muhyiddin Yassin memperkenalkannya pada November 2020.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,248FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts