Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesWan Saiful maafkan TikToker, tapi...

    Wan Saiful maafkan TikToker, tapi…

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Wan Saiful Wan Jan hari ini menerima permohonan maaf daripada seorang TikToker, Mohd Shukri Shamsudin, berhubung satu video yang didakwa memfitnah Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu itu.

    Katanya permohonan maaf tersebut diterima selepas Mohd Shukri mengakui membuat hantaran dan tuduhan palsu melalui video yang tersebar kepada orang ramai.

    Pada masa sama Ahli Parlimen Tasek Gelugor itu memberi peringatan bahawa pihak lain yang melemparkan tuduhan kepadanya mungkin tidak akan mendapat layanan yang sama.

    “Ini adalah tindakan pertama saya. Selepas ini, saya beri amaran, jangan ada lagi sesiapa pun yang cuba memfitnah saya.

    “Saya tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang yang sama sekiranya ada sesiapa yang cuba mencemarkan nama baik saya,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

    Pada Ogos tahun lalu, Wan Saiful yang pernah menjadi Ketua Penerangan Bersatu memfailkan tuntutan saman terhadap seorang individu atas dakwaan menipu dan memfitnahnya dalam media sosial.

    Wan Saiful berkata, peguamnya sudah memfailkan tuntutan terhadap individu bernama Mohd Shukri Shamsudin.

    Katanya, sebelum ini pihaknya sudah menghantar notis tuntutan maaf terhadap individu terbabit namun tidak dihiraukan sebaliknya hanya memadam video berkenaan.

    Tuntutan tersebut dibuat Wan Saiful melalui Tetuan Chetan Jethwani & Co.

    Mengulas lanjut, Wan Saiful turut menasihatkan semua pihak agar bersama-sama berusaha mewujudkan budaya politik yang lebih bermaruah dan berakhlak.

    “Kadang-kadang kita generasi baru politik pun ada yang tersepit dalam dendam lama, dan kita jadi mangsanya.

    “Tapi janganlah kita sebagai generasi baru dalam politik Malaysia terikut-ikut, apatah lagi menjadi jurucakap kepada kepada mereka yang mengamalkan politik lama.

    “Dengan itu, saya mengambil peluang ini untuk menyeru kepada semua agar kita gunakan ruang yang ada untuk berusaha mewujudkan suasana politik lebih matang, yang berteraskan ilmu dan bukan lagi politik fitnah dan dendam,” katanya lagi.

    ALSO READ:  Europe's far-right rallies round Salvini ahead of boat verdict
    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts