Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesWanita didakwa sebabkan kemalangan tiga motorsikal

    Wanita didakwa sebabkan kemalangan tiga motorsikal

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Seorang wanita warga emas didakwa di Mahkamah Majistret, di George Town hari ini atas tiga pertuduhan memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan tiga kemalangan, November tahun lepas.

    Tan Leuk Ley, 76, mengaku tidak bersalah atas ketiga-tiga pertuduhan itu selepas dibacakan di hadapan Majistret Siti Nurul Suhaila Baharin.

    Mengikut pertuduhan pertama, Tan didakwa memandu dengan kelajuan berbahaya menyebabkan kemalangan motosikal ditunggang Mohammad Afiq Roszani, 23, di Jalan Bukit Gambir, di George Town, pada pukul 2.15 petang, 27 Nov, 2023.

    Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa memandu dengan kelajuan berbahaya sehingga menyebabkan kemalangan terhadap motosikal ditunggang Mohd Nor Ezrie Ahamad Nordin, 40, bersama pembonceng Nur Irfan Hakim Mohd Nor Ezrie, 15, di tempat, hari dan masa yang sama.

    Untuk pertuduhan ketiga, juga di tempat, hari dan masa yang sama, Tan didakwa memandu dengan kelajuan berbahaya sehingga menyebabkan kemalangan motosikal ditunggang Muhammad Syamil Zulkarnain, 22 dan pembonceng Kristina Abdulllah, 22.

    Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun dan denda tidak lebih RM5,000 dan maksimum RM15,000, jika sabit kesalahan.

    Timbalan Pendakwa Raya Nurul Atikah Ashraf Ali, memohon jaminan RM30,000 dikenakan bagi ketiga-tiga pertuduhan tersebut.

    Peguam tertuduh, Dev Kumaraendran memohon supaya jaminan dikurangkan memandangkan anak guamnya merupakan seorang pesara kerajaan dan bergantung kepada wang pencen berjumlah RM1,800 sebulan.

    ”Anak guam saya juga mempunyai penyakit ketumbuhan di dalam telinga yang menyebabkan telinganya mengalami masalah pendengaran.

    ”Dia juga masih mendapatkan rawatan penyakit berkenaan di hospital dan sejak hari kejadian dia sentiasa memberi kerjasama kepada pihak polis,” katanya.

    Majistret Siti Nurul Suhaila menetapkan 8 Mac depan sebagai tarikh sebutan semula kes itu serta membenarkan tertuduh diikat jamin RM15,000 bagi kesemua pertuduhan dan dia serta ahli keluarganya tidak dibenarkan menganggu mangsa-mangsa.

    ALSO READ:  News Analysis: Türkiye hopes to reap benefits of economic U-turn over 2024

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,246FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts