Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Sunday, October 6, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesWanita disimen ialah kekasih suspek utama - Polis Selangor

    Wanita disimen ialah kekasih suspek utama – Polis Selangor

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Polis Selangor telah mengesahkan bahawa wanita yang ditemui disimen dalam kolah sebuah rumah di Kampung Pendamar, Klang pada minggu lepas merupakan kekasih kepada suspek utama iaitu Mandeep Singh, seorang warga India.

    Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, mengesahkan bahawa mangsa yang juga dikenal pasti sebagai warga India berusia 30-an, tinggal di rumah tersebut bersama Mandeep Singh yang kini sedang diburu polis.

    “Wanita yang tingginya 160 sentimeter itu, dipercayai telah dibunuh sebelum disimen di lokasi tersebut. Kita masih menyiasat perkara ini,” katanya.

    Beliau juga menyatakan bahawa butiran suspek (Mandeep) telah diketahui dan waran tangkap akan dikeluarkan. Pihak polis juga akan meminta bantuan Pesuruhjaya Tinggi India dan pihak polis negara itu untuk mengesan dan menangkap suspek ini.

    Hussein turut menyatakan bahawa setakat ini pihak polis telah merekodkan keterangan daripada 10 individu.

    Pada 4 Disember lepas, polis mengesahkan penemuan mayat yang disimen di dalam sebuah kolah di rumah tersebut dan kes tersebut sedang disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

    Polis juga sedang mengesan dua lelaki warga asing iaitu Ranjit Singh dan Mandeep Singh yang merupakan penyewa di rumah berkenaan.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,236FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts