Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesWanita, dua anak ditemukan mati tergantung di kipas

    Wanita, dua anak ditemukan mati tergantung di kipas

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Seorang juruteknik berusia lingkungan 30an telah ditahan oleh polis bagi membantu siasatan susulan penemuan mayat isterinya dan dua anak perempuannya tergantung di kipas dalam sebuah rumah di Lenggeng, Nilai, semalam.

    Ketua Polis Daerah Nilai Supt Abdul Malik Hasim menyatakan bahawa Balai Polis Lenggeng menerima panggilan daripada seorang lelaki berhubung seorang wanita dan dua orang kanak-kanak yang ditemui mati di sebuah taman perumahan di kawasan tersebut pada 9.25 malam tadi.

    Beliau berkata polis yang membuat siasatan susulan kemudiannya mendapati wanita berusia 34 tahun itu dan dua anak perempuannya, berusia enam dan tiga tahun, mati tergantung di kipas di dalam rumah tersebut.

    “Turut ditemui di tempat kejadian adalah nota yang menyatakan hasrat untuk membunuh diri kerana masalah rumah tangga. Ketiga-tiga mayat itu dihantar ke Bahagian Forensik Hospital Tuanku Ja’afar untuk bezah siasat,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

    Abdul Malik berkata sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah IPD Nilai kemudiannya telah menahan suami wanita berkenaan pada pukul 1 pagi tadi, dan lelaki itu kini direman selama empat hari bagi membantu siasatan yang dijalankan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,246FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts