Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesWanita mati keracunan gas monoksida dalam kereta

    Wanita mati keracunan gas monoksida dalam kereta

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Seorang wanita ditemui meninggal dunia di dalam kereta di Stesen Minyak Shell Jalan Sultan Ibrahim, Kota Bharu, Kelantan, lewat malam tadi.

    Mangsa yang berusia 20 tahun ditemui sekitar jam 10.17 malam bersama seorang lelaki Melayu lingkungan 20 tahun dengan keadaan tidak sedarkan diri dalam sebuah kereta Perodua Myvi.

    Ketua Polis Daerah Kota Bharu, ACP Mohd Rosdi Daud berkata mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk proses bezah siasat.

    Mohd Rosdi berkata hasil bezah siasat mendapati kematian mangsa disebabkan oleh keracunan gas monoksida.

    “Siasatan awal mendapati tiada unsur – unsur jenayah ke atas si mati dan hasil post mortem (bezah siasat) mendapati punca kematian adalah disebabkan carbon monoxide poisoning atau keracunan gas monosida,” katanya dalam satu kenyataan.

    Bagaimanapun, Mohd Rosdi berkata siasatan lanjut masih diteruskan dan kes diklasifikasikan sebagai kes mati mengejut.

    “Pihak polis juga mengingatkan agar tiada mana-mana individu membuat sebarang spekulasi dan menghormati privasi keluarga si mati,” katanya.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts