Seorang wanita berdepan detik cemas apabila sebatang pokok menghempap kereta yang dipandunya di Jalan Kuala Dipang Pearl Park dekat Kampar pagi tadi.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata mangsa yang berusia lingkungan 30-an berjaya dikeluarkan dari tanpa sebarang kecederaan.
Katanya operasi menyelamat dijalankan sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Kampar
“Panggilan berkaitan kejadian diterima kira-kira jm 6.55 pagi.
“Setibanya anggota di lokasi kejadian mereka mendapati sebatang pokok tumbang dan menghempap sebuah Toyota Vios.
“Terdapat seorang mangsa terperanangkap di dalam kenderaan itu dan operasi menyelamat kemudian digerakkan menggunakan gergaji rantai bagi memotong pokok terbabit,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Sabarodzi berkata operasi menyelamat tamat sepenuhnya kira-kira pukul 8.27 pagi.
– Bernama