Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesWarga emas didakwa salah guna wang koperasi RM422,440

    Warga emas didakwa salah guna wang koperasi RM422,440

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Seorang warga emas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di Seremban hari ini atas pertuduhan menyalahgunakan wang milik koperasi yang dipengerusikannya berjumlah RM422,440.

    Pengakuan Zainol Ishak, 73, yang merupakan pengerusi Koperasi Felda Palong Empat Negeri Sembilan Berhad direkodkan di hadapan Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi.

    Mengikut pertuduhan, Zainol didakwa secara tidak jujur menyalahgunakan wang daripada akaun bank milik koperasi itu untuk kegunaan dirinya antara Ogos 2020 hingga November 2021 di sebuah bank di Jalan Tampin, Gemas.

    Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Mohamad Azriff Firdaus Mohamad Ali mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun dan sebat serta boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

    Pada prosiding itu, peguam Shahidah Muslimah Roslan merayu jaminan RM40,000 dengan seorang penjamin yang ditawarkan pendakwaan dikurangkan kerana anak guamnya menanggung isteri dan empat cucu yang kematian ayah serta menghidap penyakit darah tinggi.

    Mahkamah membenarkan jaminan sebanyak RM20,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan tertuduh perlu melapor diri di pejabat SPRM setiap bulan dan menyerahkan pasport kepada mahkamah sehingga kes selesai, selain menetapkan sebutan semula kes pada 30 Mei ini.

    Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,248FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts