Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Saturday, October 5, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesWarga emas maut dalam kebakaran di Klang

    Warga emas maut dalam kebakaran di Klang

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Seorang lelaki warga emas maut manakala adiknya terselamat dalam kebakaran melibatkan sebuah rumah Kelas C di Jalan Kereta Api Lama Batu 9, Klang, Selangor malam tadi.

    Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian berkenaan pada 10.26 malam.Ā 

    Beliau berkata setelah api berjaya dipadamkan sepenuhnya pada 11.23 malam, anggota bertugas telah menemukan satu mayat berusia 79 tahun rentung di bawah timbunan kayu di lokasi kejadianĀ 

    “Anggaran kemusnahan adalah 90 peratus dan terdapat seorang mangsa yang juga lelaki warga emas telah dikeluarkan oleh orang awam dalam keadaan selamat dan tidak mengalami kecederaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.Ā 

    Katanya, kebakaran yang mengambil masa kira-kira 20 minit untuk dikawal itu melibatkan kekuatan 15 anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kapar, BBP Sungai Pinang dan BBP Kota Raja.Ā 

    Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time šŸš€

    Related articles

    Follow Us

    20,237FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts