Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Sunday, October 6, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesWarga Thai sangkut dengan 14k pil syabu di Terminal Feri Langkawi 

    Warga Thai sangkut dengan 14k pil syabu di Terminal Feri Langkawi 

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menahan seorang lelaki warga Thailand bersama 14,000 biji pil methaphetamine di Balai Ketibaan Antarabangsa, Terminal Feri Langkawi pada 6 Mac lepas.

    Pengarah Kastam Kedah Nor Izah Abd Latiff berkata sepasukan pegawai Kastam dari Cawangan Penguatkuasaan Narkotik Langkawi menahan lelaki berusia 42 tahun itu selepas suspek dilihat dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 2.30 petang.

    “Pemeriksaan awal menjumpai satu bungkusan berwarna biru yang dibalut rapi mengandungi 11,600 biji pil methaphetamine seberat 1,102 gram. Pemeriksaan lanjut terhadap beg pinggang berwarna hitam milik lelaki itu pula telah menjumpai 2,400 biji pil yang sama seberat 228 gram.

    “Nilai keseluruhan barang larangan yang dirampas itu dianggarkan RM210,000,” katanya dalam kenyataan di Alor Setar hari ini.

    Beliau berkata modus operanandi yang digunakan suspek ialah dengan melalui kawasan pemeriksaan kastam tanpa bagasi dan hanya membawa serta memegang bungkusan barangan untuk kegunaan sendiri.

    Nor Izah berkata ujian saringan urin juga mendapati suspek positif dadah jenis methaphetamine dan lelaki itu direman tujuh hari hingga 13 Mac ini untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

    Menurutnya pihak Kastam akan sentiasa memantau ketat pintu sempadan negara bagi menghalang mana-mana pihak yang cuba menyeludup keluar atau masuk barangan larangan.

    “Kastam juga meminta orang ramai untuk memberi kerjasama dengan menyalurkan maklumat berkaitan sebarang aktiviti penyeludupan dengan menghubungi talian bebas tol 1-800-88-8855 atau ke Pejabat Kastam terdekat,” katanya.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,236FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts