Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesWaris mangsa tak perlu dirujuk dalam hal pengampunan banduan

    Waris mangsa tak perlu dirujuk dalam hal pengampunan banduan

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    PARLIMEN l Tiada peruntukan undang-undang menghendaki Lembaga Pengampunan untuk merujuk ahli keluarga mangsa bagi memperoleh keizinan kepada banduan sebelum keputusan ditetapkan.

    Bagaimanapun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Azalina Othman Said, berkata Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa budi bicara berkenaan perkara itu.

    Azalina Othman Said (BN – Pengerang)

    “Keanggotaan Lembaga Pengampunan itu sendiri adalah mekanisme terbaik bagi memastikan ia berfungsi dengan adil dan bebas.

    “(Ini) kerana kedudukan Seri Paduka Baginda yang mempengerusikan Lembaga Pengampunan adalah ketua negara yang bebas dan berkecuali dari sebarang pengaruh.

    “(Selain itu) anggota Lembaga Pengampunan yang terdiri dari pelbagai latar belakang dilantik oleh Yang di- Pertuan Agong juga dapat memastikan perjalanannya tidak dipengaruhi atau terpengaruh dengan campur tangan dari mana-mana pihak,” katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat, semalam.

    Abd Ghani Ahmad (PN-Jerlun)

    Azalina berkata demikian ketika menjawab soalan Abd Ghani Ahmad (PN-Jerlun) yang meminta minta perdana Menteri menyatakan adakah kerajaan bercadang untuk memasukkan ahli waris pihak yang terlibat dalam kes bunuh sebagai salah seorang anggota Lembaga Pengampunan sepertimana yang termaktub dalam Perkara 42(5) Perlembagaan Persekutuan.

    Mengulas lanjut, katanya, perkara berkaitan Lembaga Pengampunan termaktub di bawah Perkara 42, Perlembagaan Persekutuan, menyatakan Yang di-Pertuan Agong, Raja atau Yang di-Pertua Negeri mempunyai kuasa memberi ampun, tunda hukum dan lega hukum dengan nasihat Lembaga Pengampunan.

    “Di peringkat Persekutuan kuasa Yang di-Pertuan Agong adalah bagi semua kes dan kesalahan yang telah dibicarakan oleh mahkamah tentera dan segala kesalahan yang dilakukan di dalam Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

    “Dalam konteks Persekutuan, Perkara 42 Klausa 11 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan Lembaga Pengampunan terdiri daripada seorang Menteri yang bertanggungjawab bagi Wilayah Persekutuan, Peguam Negara atau wakilnya serta tidak lebih daripada tiga orang lain yang dilantik Yang di-Pertuan Agong, yang bukan seorang anggota badan perundangan (legislatif),” katanya lagi.

    ALSO READ:  'JK Harmoni perlu kerap mesyuarat bincang isu antara agama'
    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts