Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesWarner Music sah tamatkan kontrak Kaka Azraff

    Warner Music sah tamatkan kontrak Kaka Azraff

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Warner Music telah mengesahkan bahawa kontrak penyanyi Kaka Azraff telah ditamatkan disebabkan “penggunaan bahasa tertentu” yang tidak disenangi oleh syarikat rakaman tersebut.

    Menurut Warner Music, tindakan itu diambil selepas Kaka meninggalkan mesej pada akaun Instagram seorang pelakon, Nathaniel Buzolic.

    “Kaka Azraff merupakan seorang artis yang sangat berbakat tetapi malangnya, kami terpaksa berpisah dengannya disebabkan penggunaan bahasa tertentu dalam mesej langsung yang dipaparkan dalam talian,” katanya.

    Sebelum ini, laporan yang tular menyatakan kontrak Kaka atau nama sebenarnya, Noor Atiqa Noor Azraff akan ditamatkan pada 31 Disember ini, iaitu empat bulan lebih awal daripada perjanjian asal.

    Keputusan itu dipercayai berpunca daripada kelantangan Kaka bersuara dalam isu Palestin.

    Susulan itu, namanya menjadi perhatian dunia selepas identitinya dikongsikan dalam laman Instagram Jew Hate Database baru-baru ini.

    Untuk rekod, Buzolic adalah seorang pelakon Australia yang pro-Israel.

    Kaka yang juga penyanyi Bawaku Pergi itu juga akan mengadakan sidang media bagi menjelaskan isu tersebut lebih lanjut malam ini.

    Bagaimanapun, Warner Music berkata pihaknya tidak menghalang hak bersuara mana-mana artis di bawah naungan mereka.

    “Walaupun kami dengan teguh memperjuangkan hak kebebasan bersuara oleh artis di bawah naungan kami, namun sesiapa yang bertindak dengan cara sedemikian, tanpa mengira kumpulan, bangsa, atau agama, kami akan turut membuat keputusan yang sama,” jelas Warner Music.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,246FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts