Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Thursday, September 19, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesWartawan Harakah antara tiga ditahan ceroboh rumah MB Selangor

    Wartawan Harakah antara tiga ditahan ceroboh rumah MB Selangor

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Seorang wartawan adalah antara tiga individu yang ditahan kerana disyaki menceroboh atau bersubahat menceroboh kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di Shah Alam, semalam.

    Seorang lagi lelaki terbabit merupakan pengguna media sosial yang aktif serta aktivis PAS di Gombak.

    Menurut laporan polis yang dibuat oleh pengawal premis terbabit, kejadian berlaku kira-kira jam 5 petang dan disedari oleh anggota keselamatan yang bertugas di situ.

    Sebelum itu, katanya, wartawan Harakah terbabit cuba memasuki kawasan kediaman yang didiami Menteri Besar Amirudin Shari tetapi dihalang oleh polis.

    Apabila percubaan pertama itu gagal, katanya, wartawan terbabit menyelinap dengan bersembunyi di dalam sebuah kereta Proton Waja yang dinaiki dua individu lain yang mendakwa ke situ untuk bermesyuarat.

    Bagaimanapun, cubaan itu terbongkar selepas anggota polis memeriksa kenderaan terbabit apabila ia diletakkan di parkir kediaman rasmi berkenaan.

    Jurucakap Pejabat Menteri Besar Selangor mengesahkan kejadian itu.

    “Ya, mereka telah ditahan polis dan dibawa ke Balai Polis Seksyen 6 Shah Alam semalam atas dakwaan cuba menceroboh,” kata pegawai itu.

    Sementara itu Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Mohd Iqbal Ibrahim mengesahkan bahawa polis telah menahan tiga individu kerana disyaki melakukan kesalahan menceroboh.

    Katanya, pihak polis telah memohon perintah reman terhadap ketiga-tiga suspek terbabit.

    “Saya akan memberikan maklumat terkini mengenai kes itu selepas proses pendengaran reman dilakukan,” katanya kepada Malaysiakini.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts