Media rasmi PAS Harakah menolak dakwaan tiga petugasnya menceroboh kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di Shah Alam baru-baru ini.
Sebaliknya, kata Ketua Pegawai Operasi Harakah Nadzir Helmi, mereka “dibenarkan masuk” setelah hadir atas undangan penduduk Kampung Sungai Sireh, Klang yang bertemu Menteri besar.
Suffi Kamari dan dua lagi pekerja Harakah juga, kata Nadzir hadir atas kapasiti NGO Ummah.
“Apa yang berlaku pada hari tersebut adalah, Suffi Kamari serta dua orang lagi staf Harakah telah hadir ke mesyuarat tersebut atas jemputan penduduk Kg Sungai Sireh itu sendiri serta atas kapasiti NGO Ummah yang merupakan antara NGO paling tegas memperjuangkan hak penduduk Kg Sungai Sireh.
“Mereka sebenarnya tidak menceroboh tanpa izin, sebaliknya telah dibenarkan masuk ke kediaman rasmi MB,” kata Nadzir.
[Berita penuh menyusul]