Seorang wartawan Agensi Berita Wafa, Mohammad Abu Hasira, dilaporkan terbunuh selepas kediamannya di Bandar Gaza dibom oleh tentera penceroboh Israel. Abu Hasira dan 42 ahli keluarga lain, termasuk anak lelakinya, turut terkorban dalam insiden itu, menurut Wafa.
Pada beberapa hari sebelum kejadian itu, seorang wartawan lain, Mohammad Hamouda dan keluarganya, cedera selepas rumah mereka menjadi sasaran serangan tentera Israel. Serangan itu juga mengakibatkan isterinya cedera parah dengan menjadi buta pada mata kirinya, manakala kaki anak sulungnya terpaksa dipotong.
Menurut laporan, sejak 7 Oktober lalu, sekurang-kurangnya 49 wartawan di Semenanjung Gaza telah terbunuh dalam serangan terbaru tentera Israel terhadap orang awam.
– Bernama-Wafa