Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesWaspada ‘jarum beracun’ liberalisme, sekularisme - khutbah Jakim

    Waspada ‘jarum beracun’ liberalisme, sekularisme – khutbah Jakim

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Khutbah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hari ini memberi amaran kepada umat Islam supaya berwaspada berdepan beberapa ideologi Barat.

    Mimbar menamakan secara khusus terhadap fahaman pluralisme, liberalisme, sekularisme, dan hedonisme.

    Katanya, fahaman itu semakin berkembang ke seluruh pelusuk dunia melalui “jarum-jarum halus beracun yang dimasukkan perlahan-lahan” dalam urusan kehidupan manusia.

    “Perkembangan ideologi dan fahaman Barat ini begitu meresahkan kerana kita dapat melihat perubahan yang sangat ketara terhadap cara hidup masyarakat Melayu dan umat Islam hari ini terutamanya yang telah pun diracuni sedikit demi sedikit dengan fahaman-fahaman ini.

    “Serangan ideologi ini juga telah menyebabkan manusia semakin ketandusan akhlak mulia dan nilai-nilai pekerti sama ada terhadap ibu bapa, ahli keluarga, guru, rakan-rakan, dan masyarakat umumnya,” katanya.

    Menurut khutbah, faham itu menyerap dalam pelbagai medium seperti drama, filem, media sosial, sukan, dan lagu.

    “Ada sebahagian filem dan karya seni pula yang dihasilkan pada hari ini semakin berani menyinggung kesucian Islam dan mempersendakan ajaran yang dibawa oleh Rasulullah SAW,” katanya.

    Khutbah bagaimanapun tidak menyatakan nama filem itu secara khusus.

    “Ia nampak kecil pada zahirnya atas alasan sekadar hiburan namun hakikatnya ia memakan kesan yang sangat besar terhadap pemikiran dan cara hidup masyarakat terutamanya pada golongan muda.”

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts