Suara Malaysia
ADVERTISEMENTShopee SaleShopee Sale
Thursday, July 4, 2024
More
    ADVERTISEMENTShopee Sale
    HomeNewsHeadlinesWaspada jika berkhemah di tepi sungai, kata bomba

    Waspada jika berkhemah di tepi sungai, kata bomba

    -

    Shopee CNY Sale

    Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mengingatkan orang awam yang ingin mengadakan aktiviti riadah di tebing sungai agar sentiasa berwaspada dan peka kepada perubahan air sungai di sepanjang musim Monsun Timur Laut ketika ini.

    Ketua Bomba Zon Sibu JBPM Sarawak Andy Alie berkata peringatan itu dibuat bagi mengelakkan mereka terdedah kepada ancaman bahaya daripada kejadian kepala air.

    Katanya tanda-tanda awal akan berlakunya kejadian kepala air ialah paras air yang meningkat dengan cepat, perubahan warna air, kederasan arus dan keberadaan puing-puing asing yang timbul di permukaan air.

    Menurut Andy sekiranya tanda-tanda awal itu dikesan orang ramai perlu segera mengambil langkah keselamatan dengan berpindah ke kawasan lebih selamat dan menghubungi pihak bomba.

    “Nasihat saya kepada orang awam supaya berhati-hati ketika menjalankan aktiviti perkelahan, khususnya sepanjang musim Monsun Timur Laut ini.

    “Mereka perlu tahu stituasi cuaca semasa dan memastikan tapak perkhemahan didirikan di kawasan yang berjarak selamat dari tepi sungai,” katanya kepada Bernama.

    Andy mengulas kejadian sembilan keluarga dari Bintulu yang berkhemah serta bermalam di tepi Sungai Yong di Kapit kemudian terperanangkap dalam kejadian kepala air pada Ahad lepas.

    Menurut Andy orang awam juga diminta memaklumkan balai polis berhampiran sekiranya hendak melakukan aktiviti berkhemah atau beriadah di kawasan sungai atau lokasi rekreasi air yang bukan kawasan rekreasi awam.

    Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,436FansLike
    1,181FollowersFollow
    1,049FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTAuto AffiliateAuto Affiliate

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts