Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesWee: Hak jadi wakil rakyat dinikmati pemimpin DAP pun jasa MCA

    Wee: Hak jadi wakil rakyat dinikmati pemimpin DAP pun jasa MCA

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Presiden MCA Wee Ka Siong membidas Setiausaha Agung DAP Anthony Loke kerana mendakwa MCA membawa imej yang tidak mengutamakan kepentingan rakyat, khususnya masyarakat Cina.

    Wee, yang merupakan bekas Menteri pengangkutan, mengingatkan pemimpin DAP itu bahawa hak yang dinikmati oleh mereka adalah hasil daripada tindakan pemimpin MCA sejak negara mencapai kemerdekaan.

    “Hak kerakyatan, hak untuk mengundi pun, (hak) apa yang pemimpin DAP dapat sekarang pun… Jangan lupa, sejak kemerdekaan, kita perjuangkan bersama untuk dia.

    “Kalau kata MCA tak buat apa-apa, sekurang-kurangnya dia ada hak untuk mengundi, betul? Hak untuk dipilih sebagai wakil rakyat…

    “Jangan kata kita tidak buat apa-apa, ini memang menyakitkan hati kita,” katanya dalam klip video yang dimuat naik di akaun media sosialnya semalam.

    Sambil menyorot penubuhan dua universiti – Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) dan Universiti Pengurusan dan Teknologi Tunku Abdul Rahman (TAR UMT) – yang dibiayai oleh MCA, Wee berkata institusi itu telah melahirkan 383,000 graduan, membuktikan sumbangan parti itu kepada negara.

    “Ini bukan angka yang kecil. Pada waktu ini pun ada 53,000 pelajar menuntut di dua institusi ini.

    “Apa maksudnya? Kalau MCA tak buat apa-apa, bagaimana kita boleh mendapat hasil ini?” katanya.

    Selain itu, dia juga menegaskan bahawa pihaknya telah bertindak sebagai semak dan imbang kerajaan dan bertanggungjawab menjaga keharmonian kaum.

    “Kita tak nak rakyat gaduh. Sebab itu MCA dilihat sebagai parti yang tidak ekstrem sangat. Kami nak menonjolkan semangat muhibah. Itulah kekuatan kita hari ini,” katanya.

    Justeru, Wee membidas Loke kerana menafikan sumbangan MCA yang memberi kesan kepada masyarakat Cina, hanya kerana parti berasaskan Cina itu “tidak ikut rentak DAP”.

    ALSO READ:  Freedom Flotilla: Pemimpin dunia diminta jayakan misi

    “DAP mahukan Malaysia Malaysia, kita tak setuju sangat. Kemudian mereka mempunyai Deklarasi Setapak pada tahun 1960-an, mahukan persamaan antara kaum dan jangan ada perbezaan antara bumiputera dan bukan bumiputera.

    “Kemudian mereka mahu menghapuskan sistem kuota. Tengok, apa yang mereka lihat pada MCA, ini adalah kayu pengukurnya, ya, kita tak dapat ikut rentak mereka (DAP) buat semua ini.

    “Ini memang takdir tuhan. Mereka dah berkuasa. Sekarang serah kepada kamu, buatlah apa yang patut,” katanya.

    Bantahan Wee dibuat selepas kenyataan Loke semasa wawancara di podcast Keluar Sekejap yang dihoskan oleh Khairy Jamaluddin dan Shahril Sufian Hamdan.

    Loke, yang juga Menteri pengangkutan, juga menegaskan bahawa terdapat persepsi bahawa MCA adalah “parti tauke”, mengatakan ia adalah parti yang hanya untuk orang kaya dan orang yang mempunyai jawatan.

    Mengulas dakwaan itu, Wee menafikan label “parti tauke”, menegaskan bahawa MCA sentiasa memperjuangkan kepentingan rakyat dari semua lapisan masyarakat sejak 1949.

    Walaupun MCA diasaskan oleh Tan Cheng Lock – seorang ahli perniagaan, Wee berkata parti itu terdiri daripada ahli dari semua lapisan masyarakat.

    “Kami mempunyai anak penoreh getah, penjual surat khabar, penjaja dan guru. Adakah itu menggambarkan MCA sebagai ‘parti tauke’?

    “Ibu bapa saya penoreh getah. Saya presiden hari ini. Kalau ‘parti tauke’, macam mana anak penoreh getah boleh jadi presiden?

    “Sekarang mereka (DAP) menjadi Menteri, mereka berkawan dengan Tan Sri dan Datuk Seri. Siapakah ‘parti tauke’ sekarang?” soalnya.

    Wee, yang juga ahli parlimen Ayer Hitam, kemudian memberi amaran kepada DAP supaya tidak menyerang MCA semata-mata untuk meraih undi dalam pilihan raya.

    “MCA berani kerana kami bercakap benar. Tidak mengapa jika kita dihina.

    ALSO READ:  Jika kalah KKB, PH kena fikir semula strategi - pakar

    “Tetapi kami tahu kedudukan kami dan itu adalah kami mahukan Malaysia yang lebih harmoni dan kami mahu hubungan yang lebih mesra antara kaum,” katanya.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts