Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, December 27, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesWee nafi hubungi pembekal di China untuk pembelian ventilator

    Wee nafi hubungi pembekal di China untuk pembelian ventilator

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    PARLIMEN | Bekas Menteri pengangkutan Wee Ka Siong menafikan dia terlibat dalam pembelian 136 mesin ventilator dari China pada 2020, yang kebanyakannya didapati tidak boleh digunakan.

    Sebaliknya Wee (BN-Ayer Hitam) memberitahu Dewan Rakyat yang dia hanya membantu dalam aspek pengangkutan peralatan Covid-19 ketika penularan wabak itu, termasuk ventilator tersebut.

    “Pertama, punca kuasa pembelian 800 unit ventilator datang daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kabinet, bukan Wee Ka Siong.

    “Kedua, saya bukan tolong beli ventilator. Tolong, bukan (perananan saya).

    “Saya bantu angkut balik empat benda – pelitup muka, ventilator, 100 unit katil ICU dan PPE (peralatan perlindungan peribadi),” katanya dalam soalan tambahan ketika sesi penggulungan oleh Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa selepas perbahasan peringkat jawatankuasa Rang Undang-Undang Perbekalan 2024 untuk Kementerian Kesihatan.

    Wee menjawab Chong Zhemin (PH-Kampar) yang membangkitkan perkara itu ketika perbahasannya.

    Memetik laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), Chong bertanya mengapa Wee yang merundingkan pembelian ventilator pada 2020, dan bukannya Menteri kesihatan ketika itu, Dr Adham Baba.

    Wee turut berkata tidak adil untuk Chong menuduhnya terlibat dalam pembelian itu.

    Sebaliknya, dia berkata bekas ketua setiausaha Kementerian Kesihatan (KKM) Dr Chen Chaw Min telah mengakui dia yang membuat keputusan berkenaan perkara itu.

    Wee juga mendakwa dia hanya tahu ventilator tersebut tidak boleh digunakan apabila ditanya berkenaannya ketika prosiding PAC.

    “Boleh baca dalam laporan PAC. Tidak adil sebab Chen kata dia yang buat keputusan perolehan selaku ketua setiausaha (KKM).

    “Tiada kena mengena dengan Wee Ka Siong.

    “Jadi bila saya peruntukkan tiga jam untuk ditanya PAC, 30 minit sudah habis (prosiding). Saya ditanya kenapa ventilator rosak.

    ALSO READ:  K'jaan akan laksana pembenihan awan, bergantung cuaca semasa

    “Saya kata saya baru tahu (ventilator) rosak apabila datang ke sini (prosiding). Saya hantar (ventilator) ke sini, anda ambil dan jalan. Kerja saya sudah selesai,” katanya lagi.

    Kenyataan Wee bertentangan dengan keterangan seorang pegawai tinggi Pharmaniaga kepada PAC bahawa presiden MCA itu membantu menghubungkan mereka dengan pembekal di China.

    Bekas CEO Mohamed Iqbal Abdul Rahman dilaporkan berkata ia kali pertama syarikat itu berurusan dengan pembekal ventilator China.

    “Ini kali pertama kerajaan Malaysia membeli ventilator dari China. Jadi kita tak ada pengalaman.

    “Jadi, contact kami (dari) Menteri pengangkutan pada masa itu, yang ada rangkaian yang baik dengan China,” katanya ketika prosiding PAC pada 14 September lalu.

    Dia berkata selain itu Wee turut membantu mengaturkan pengangkutan kecemasan untuk ventilator tersebut.

    [Baca berita asal]

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts