Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesWHO sifatkan Hospital al-Shifa sebagai zon maut

    WHO sifatkan Hospital al-Shifa sebagai zon maut

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    GLOBAL | Pasukan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang dipimpin oleh agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam misi penilaian Hospital al-Shifa di Gaza semalam menggambarkan kemudahan kesihatan itu sebagai “zon maut”.

    “Pasukan hanya dapat meluangkan satu jam di dalam hospital tersebut,” kata WHO seperti yang dilaporkan oleh Agensi Anadolu.

    Pada masa ini, hospital tersebut mengendalikan 25 kakitangan kesihatan dan 291 pesakit, termasuk 32 bayi yang baru dilahirkan.

    “WHO dan rakan kongsi sedang merancang satu pelan kecemasan untuk memindahkan pesakit yang masih berada di hospital tersebut, kakitangan dan keluarga mereka,” katanya.

    Pada Rabu, tentera Israel menyerang Hospital al-Shifa yang juga merupakan tempat perlindungan bagi ribuan penduduk Palestin yang melarikan diri daripada serangan udara, sebelum mereka dipaksa keluar oleh tentera Israel.

    Israel telah membunuh lebih 12,300 penduduk Palestin dalam serangan udara dan operasi darat ke atas Gaza semenjak 7 Okt.

    Bernama/Anadolu

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts