Rakyat Malaysia dinasihatkan supaya mengelak melakukan perjalanan tidak perlu ke Bangladesh semasa pilihan raya umum negara itu pada 7 Jan 2024, menurut Kementerian Luar (Wisma Putra).
Wisma Putra dalam kenyataan pada Jumaat juga menggesa rakyat Malaysia yang menetap di Bangladesh supaya berwaspada dan mengelak menyertai mana-mana perhimpunan politik.
Wisma Putra melalui Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Dhaka akan memantau rapat perkembangan Pilihan Raya Umum ke-12 negara itu.
Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular, diminta menghubungi Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Dhaka di talian +88 0241081892/1895 dan untuk kecemasan +88 018 4179 8077 atau e-mel [email protected]
– Bernama