Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, November 22, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesWisma Putra kesal Nota Diplomatik kedutaan di Maghribi disebar

    Wisma Putra kesal Nota Diplomatik kedutaan di Maghribi disebar

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Kementerian Luar Negeri sangat serius dan kesal dengan penyebaran Nota Diplomatik sulit bertarikh 23 Sept 2023. Hasil siasatan dalaman menunjukkan bahawa penyebaran ini bukan dari pihak dalaman.

    Penyebaran dokumen ini adalah tindakan yang tidak bertanggungjawab.

    Wisma Putra menyatakan pentingnya memelihara kerahsiaan komunikasi diplomatik dengan negara-negara sahabat dan rakan antarabangsa.

    Kementerian Luar Negeri juga telah memberi penjelasan kepada negara sahabat berkenaan dan menyatakan kekesalan atas perkara ini.

    Siasatan sedang dijalankan dan laporan polis telah dibuat. Kementerian akan memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa dalam siasatan ini.

    Mengambil kira implikasi negatif kepada keyakinan dan kepercayaan komuniti antarabangsa terhadap imej dan integriti Malaysia, Wisma Putra menggesa supaya tindakan penyebaran dokumen dihentikan serta-merta.

    Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts