Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlines'Yang undi PH-BN, balik esok, yang undi PN terus kerja'

    ‘Yang undi PH-BN, balik esok, yang undi PN terus kerja’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    PRK JOHOR l Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno Ahmad Maslan mempunyai nasihat yang berbeza buat pengundi pada pilihan raya kecil (PRK) DUN Simpang Jeram dan Parlimen Pulai pada Sabtu ini.

    Bagi penyokong Pakatan Harapan (PH)-BN, dia menyarankan mereka agar pulang lebih awal bagi menunaikan tanggungjawab dan sekali gus mengelakkan kesesakan jalan raya.

    “Kepada pengundi-pengundi yang berada di peranantauan pulanglah esok, hari Sabtu jalan sesak dan sebagainya. Jadi saya merayu kepada pengundi-pengundi di peranantauan untuk pulang.

    “Pengundi yang mahu mengundi kerajaan perpaduan, pengundi PH, pengundi-pengundi BN dan parti-parti dalam kerajaan perpaduan yang ingin mengundi kerajaan perpaduan eloklah pulang esok untuk mereka mengundi pada hari Sabtu,” katanya kepada pemberita di Pertama Indah, Muar, hari ini.

    Ahmad yang juga adalah ahli Parlimen Pontian berkata, kepulangan pengundi itu penting bagi memastikan kerusi-kerusi berkenaan tidak jatuh ke tangan pembangkang.

    Menurut timbalan pengerusi Umno Johor itu, sekiranya pengundi memilih calon kerajaan, ia memberi petanda bahawa mereka memilih pembangunan dan keserasian antara kerajaan pusat dan Negeri, sekali gus sebarang masalah setempat yang dihadapi dapat diselesaikan dengan mudah.

    “Ia adalah merupakan tanggungjawab kita. Tanggungjawab untuk kita memastikan Simpang Jeram berada dalam kerajaan dan Parlimen Pulai berada dalam kerajaan.

    “Supaya Simpang Jeram dan Parlimen Pulai tidak berada dalam pembangkang yang merugikan,” katanya.

    Bagaimanapun, buat penyokong Perikatan Nasional (PN), yang enggan mengundi kerajaan perpaduan, nasihat Ahmad yang juga timbalan Menteri kewangan adalah tidak mengapa jika mereka tidak mahu balik mengundi.

    “Yang tidak mahu mengundi kerajaan perpaduan teruskan bekerja bersungguh-sungguh di tempat masing-masing dan jangan balik,” katanya.

    PRK di DUN Simpang Jeram dan Parlimen Pulai menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara PN, BN-PH dan Bebas, dengan Nazri akan berdepan saingan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Dr Mohd Mazri Yahya daripada PN dan calon Bebas yang juga ahli perniagaan S Jeganathan.

    ALSO READ:  Amang seksual - Bekas penolong jurulatih boling dipenjara enam tahun

    SPR menetapkan PRK bagi kedua-dua kerusi itu diadakan serentak pada Sabtu ini.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts