Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesYi Yi dan Sheng Yu pulang ke China ditangisi penjaganya

    Yi Yi dan Sheng Yu pulang ke China ditangisi penjaganya

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur
    Penjaga Anak Panda Bernama Azrennizam Terharu dengan Kepulangan Yi Yi dan Sheng Yi

    Kuala Lumpur: Kepulangan anak panda gergasi, Yi Yi dan Sheng Yi ke China meninggalkan kesan mendalam kepada seorang daripada penjaganya, Azrennizam Ibrahim.

    Ketika proses pemunggahan kedua-dua anak panda itu di hotel haiwan di Kompleks Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di KLIA, Azrennizam, 46, dilihat memanggil nama kedua-duanya sambil menepuk sangkar haiwan itu bagi memastikan ia tenang semasa proses tersebut.

    Sekali sekala, beliau mengesat air mata sambil mengusap sangkar anak panda berkenaan.

    “Saya cuma harap penjaga panda ini nanti akan jaga sebaik mungkin, kerana kami jaga seperti menatang minyak yang penuh,” katanya kepada Bernama ketika ditemui selepas proses pemunggahan Yi Yi dan Sheng Yi.

    ![img](https://i.newscdn.net/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2022/05/cb85aaa77cf6a59e36e4defffa299447.jpg)

    Sejurus tiba di hotel haiwan berkenaan, Yi Yi dan Sheng Yi ditempatkan di sebuah bilik yang sama untuk tempoh bertenang selepas menempuhi perjalanan kira-kira setengah jam dari Zoo Negara, selain turut diberi makan dan minum.

    Azrennizam berkata pengalaman menjaga anak-anak panda tersebut termasuk ibu bapa haiwan itu adalah perkara paling berharga dan tidak dapat dilupakan dalam hidupnya.

    “Saya pasti akan sentiasa teringat keletah manja dan nakal anak panda tersebut terutamanya si bongsu Sheng Yi.

    “Saya melihat dan menjaga adik-beradik panda ini sejak dari kecil termasuk yang sulung Nuan Nuan,” katanya yang berharap dapat berjumpa kembali dengan adik-beradik panda itu suatu hari nanti meskipun agak mustahil.

    ![img](https://i.newscdn.net/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2022/05/04edfd4c5e5c7d3a23d9ec2da1cd3f58.jpg)

    Dua anak panda gergasi tersebut yang dihantar pulang ke China hari ini dijadualkan berlepas dengan penerbangan kira-kira 10.30 malam.

    Nuan Nuan yang dilahirkan pada 8 Ogos 2015, Yi Yi (14 Jan 2018) dan Sheng Yi (30 Mei 2021) merupakan anak pasangan panda gergasi, Fu Wa dan Feng Yi yang dinamakan semula sebagai Xing Xing dan Liang Liang.

    ALSO READ:  Plantation and Commodities Ministry to reduce overlapping functions in agencies, says Johari

    Nuan Nuan telah pun dihantar ke China pada 2017.

    Ibu bapa panda tersebut dipinjamkan kepada kerajaan Malaysia pada 2014 untuk tempoh 10 tahun, sempena ulang tahun ke-40 terjalinnya hubungan diplomatik Malaysia dan China.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts