Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesZahari: Tak kisah dicap pengkhianat, yang penting khidmat pada rakyat

    Zahari: Tak kisah dicap pengkhianat, yang penting khidmat pada rakyat

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Ahli Parlimen Bersatu tidak terkesan digelar pengkhianat oleh pemimpin Umno hanya kerana menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

    Sebaliknya kata Zahari Kechik (PN- Jeli) apa yang paling penting adalah dia dapat berkhidmat kepada rakyat dengan berkesan.

    Katanya bekas ahli Parlimen Jeli sebelum ini, Mustapa Mohamed juga pernah melompat parti selepas BN tidak lagi berkuasa.

    “Terpulang pada dia untuk cap kita pengkhianat yang penting kita buat untuk rakyat. Bagi kita tidak timbul soal pengkhianatan, sebab rakyat mengharapkan kita punya perkhidmatan.

    “Apa yang perlu kita buat… kita buat apa saja untuk rakyat. Soal awak pengkhianat ataupun tidak itu tafsiran masing-masing. Saya hanya mahu berkhidmat kepada rakyat.

    “Jika saya gagal berkhidmat kepada rakyat saya gagal. Saya tak nak rakyat kata saya wakil rakyat yang gagal.

    “Benda ini sudah berlaku sebelum saya, tengok Datuk Mustapa Mohamed. Sudah berlaku dulu, alasan masa itu untuk berkhidmat kepada rakyat,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

    Pada 16 Mac lalu, Setiausaha Agung Umno Asyraf Wajdi Dusuki berkata, Umno tidak mempunyai masalah dengan sokongan wakil rakyat Bersatu kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim namun mendakwa “pengkhianat tetap pengkhianat.”

    Mengimbau bagaimana Umno dikhianati pada tahun 2018 selepas BN kehilangan mandat rakyat, Asyraf berkata orang yang sama kali ini turut berpaling tadah daripada Bersatu.

    Jelasnya, Bersatu merupakan parti yang diasaskan berdasarkan ‘pengkhianatan’ dan kini terpaksa membayar harga kecurangan yang dilakukan sebelum ini.

    “Siapa nak bagi sokongan yang penting bagi kita kerajaan itu stabil, Umno daripada awal lagi (berpendirian) kita ada dalam kerajaan ini atas asas kita merasakan kestabilan itu penting untuk rakyat,” kata Asyraf.

    Sementara itu ditanya mengenai peruntukan kepada ahli Parlimen, Zahari berkata dia menyokong supaya peruntukan diberikan kepada semua ahli Dewan Rakyat.

    ALSO READ:  50 tan bantuan kemanusiaan dihantar ke Palestin Jumaat ini

    Jelasnya, dia masih lagi di blok pembangkang walaupun menyokong kerajaan.

    “Kalau soal peruntukan sepatutnya semua wakil rakyat mendapat peruntukan yang setara.

    “Saya bila saya mengisytiharkan tu (sokongan) saya telah dapat (peruntukan). Itu yang saya katakan tu nak berkhidmat kepada rakyat,” katanya lagi.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts