Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesZahid dilepas: Inikah k'jaan yang orang Cina mahu, soal Afif

    Zahid dilepas: Inikah k’jaan yang orang Cina mahu, soal Afif

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur
    PRK JOHOR | Pada tahun 2013, setelah Anwar Ibrahim memimpin gabungan PKR, DAP, dan PAS dalam kempen pilihan raya umum yang merampas undi popular BN, laporan muka hadapan akhbar Utusan Malaysia memaparkan tajuk: “Apa lagi Cina mahu?”
    Kini sepuluh tahun kemudian dan dengan Anwar sebagai perdana Menteri, soalan yang sama telah muncul selepas Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi dilepaskan tanpa dibebaskan (DNAA) daripada 47 pertuduhan rasuah.
    Pemimpin PN, Dr Afif Bahardin, di pentas ceramah di Kempas menyoal apa lagi yang diharapkan oleh orang Cina daripada kerajaan yang diterajui Perdana Menteri Anwar Ibrahim.
    “Nak beritahu orang bukan Melayu, orang Melayu sudah tolak perasuah.
    “Orang bukan Melayu adakah kamu sanggup biarkan negara diperintah oleh rejim yang korup?
    “Sanggupkah kamu mempertaruhkan masa depan anak-anak kita,” kata Afif ketika berkempen untuk calon PN di Pulai Zulkifli Jaafar.
    “Inikah kerajaan yang rakyat Cina mahukan?
    “Malu kalau orang Cina mahu kerajaan seperti ini. Saya nak sebut ini, saya tak mahu berselindung lagi,” kata Afif.
    Afif juga menyoal pemimpin DAP yang membisu berhubung keputusan kes Zahid ini.
    Namun, dia memuji wakil rakyat PKR, Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Karim yang menyoal bagaimana keputusan Zahid dilepas daripada pertuduhan kesnya akan memberi kesan kepada kepercayaan rakyat.
    Berikutan keputusan PRU13 pada tahun 2013, kerajaan pimpinan BN ketika itu di bawah bekas perdana Menteri Najib Razak juga telah melabelkan gelombang pembangkang sebagai “tsunami Cina”.
    ‘Reformasi sudah mati’
    Sementara itu, Afif, bekas Adun PKR Seberang Jaya, mengimbas kembali bagaimana dia dilabel sebagai “pengkhianat” kerana dituduh sabotaj parti itu dan akhirnya menyertai Bersatu tiga tahun lalu.
    Tegasnya, keputusan kes Zahid ini menjadi bukti bagaimana seruan ‘reformasi’ untuk perubahan yang menjadi asas penubuhan PKR kini sudah “terkubur.”
    “Reformasi sudah mati. Mati bersama dengan Pakatan Harapan dan UMNO.
    “Lebih tepat, mati bersama Anwar dan Zahid. Tak ada lagi moral standing untuk mereka bercakap tentang perubahan,” kata Afif lagi.
    Pagi ini, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan permohonan melepaskan tanpa membebaskan (DNAA) bagi kesemua 47 pertuduhan berkaitan Yayasan Akalbudi susulan permohonan timbalan pendakwa raya Mohd Dusuki Mokhtar.
    Peguam Zahid, Hisyam Teh Poh Teik, bagaimanapun, memohon pembebasan penuh.
    DNAA membuka kemungkinan Zahid didakwa semula pada masa hadapan jika pendakwa ingin menyemak semula perkara itu.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts