Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesZahid: Jangan politikkan isu pembatalan 16 enakmen syariah Kelantan

    Zahid: Jangan politikkan isu pembatalan 16 enakmen syariah Kelantan

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Keputusan Mahkamah Persekutuan yang membatalkan 16 peruntukan kesalahan di bawah Enakmen Kanun Jenayah Syariah (1) Kelantan 2019 tidak perlu dipolitikkan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

    Ahmad Zahid berkata ini kerana keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Persekutuan itu berkait dengan peruntukan perundangan diluluskan oleh DUN (Dewan Undangan Negeri) Kelantan dan bukannya berkenaan Mahkamah Syariah.

    Pada masa yang sama, beliau bersetuju sekiranya perbincangan antara Ahli Parlimen yang beragama Islam diadakan, bagi memperkasakan undang-undang syariah dengan syarat pihak yang terlibat tidak mempolitikkan isu itu.

    “Soal perbincangan, boleh diadakan, tetapi kita mesti menelaah tentang soal penentuan fikrah dan tidak menjadikan politik (sebagai) garis utama, atau sudah terhentak ke dinding baru nak panggil orang Islam untuk bincang tentang perkara ini,” katanya selepas melakukan kunjungan kasih ke atas keluarga angkatnya sempena sambutan Tahun Baharu Cina di Bagan Datuk, hari ini.

    Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Timbalan Pesuruhjaya II PAS Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah yang mengajak semua pihak, terutama ahli Parlimen beragama Islam untuk bergabung berbincang mengenai memperkasakan undang-undang syariah.

    Ia susulan Mahkamah Persekutuan pada 9 Feb dalam keputusan majoriti 8-1 memutuskan bahawa 16 peruntukan kesalahan di bawah Enakmen Kanun Jenayah Syariah (1) Kelantan 2019 adalah batal dan tidak sah.

    Keputusan itu disampaikan oleh Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat yang mengetuai sembilan anggota, selepas membenarkan permohonan Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid dan anaknya Tengku Yasmin Nastasha Abdul Rahman, bagi mencabar isu perlembagaan untuk membatalkan 18 peruntukan kesalahan di bawah enakmen tersebut.

    Mengulas sama ada kabinet perlu mengadakan perbincangan mengenai keputusan itu, Ahmad Zahid berkata setakat ini, kabinet tidak bercadang untuk membincangkan perkara tersebut di dalam mesyuarat.

    ALSO READ:  Subsidi bersasar dijangka bermula 2024 - Rafizi

    Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts