Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesZahid: Keahlian Haslihelmy sebagai ahli Umno gugur serta merta

    Zahid: Keahlian Haslihelmy sebagai ahli Umno gugur serta merta

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur
    Keahlian Haslihelmy DM Zulhasli sebagai ahli Umno gugur serta-merta berkuat-kuasa hari ini selepas dia membuat keputusan bertanding sebagai calon Bebas pada Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Pelangai.

    Perkara itu dimaklumkan Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi hari ini selepas Haslihelmy yang juga ahli Umno Kampung Sum-Sum muncul di pusat penamaan calon hari ini.

    “Walaupun beliau menjadi calon Bebas, secara automatik mulai hari ini keahlian beliau gugur,” katanya secara ringkas kepada pemberita di Pusat Penamaan Calon Dewan Orang Ramai Felda Kemasul, Bentong, hari ini.

    Ahmad Zahid berkata, demikian ketika diminta mengulas tindakan Haslihelmy yang nekad bertanding atas tiket Bebas pada PRK DUN Pelangai yang dijadual berlangsung 7 Oktober ini.

    Haslihelmy ketika ditemui media mendakwa dia membuat keputusan selepas tidak berpuas hati dengan keputusan BN mempertaruhkan Amizar Abu Adam yang bukan merupakan anak tempatan.

    “Bila saya bertanding dekat Bentong, bukan saya nak berlawan dengan kepimpinan BN…tetapi caranya.

    “Kalau letak calon sesuai saya tak lawan, saya berlapang dada, tapi letak Amizar, bukan anak tempatan,” katanya kepada media selepas proses penamaan calon.

    Terdahulu Haslihelmy tiba di pusat penamaan calon di Dewan Orang Ramai Felda Kemasul, Bentong pada jam 9.05 pagi bagi menyerahkan borang pencalonan.

    Dalam PRK itu dia bakal menentang calon BN, Amizar Abu Adam dan calon PN, Kassim Samat.

    PRK DUN Pelangai diadakan berikutan kematian penyandangnya, Allahyarham Johari Harun dalam nahas pesawat ringan yang di Elmina, Shah Alam, pada 17 Ogos lalu.

    Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 23 Sept sebagai hari penamaan calon dan 7 Okt sebagai hari pengundian.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts