Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesZahid lepas: Hakim putuskan alasan pihak pendakwaan kukuh, kata AGC

    Zahid lepas: Hakim putuskan alasan pihak pendakwaan kukuh, kata AGC

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur
    Pejabat Peguam Negara mempertahankan keputusan untuk memohon agar Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi dilepas tanpa dibebaskan (DNAA) daripada 47 pertuduhan ke atasnya.

    “Merujuk kepada laporan media bahawa tindakan Peguam Negara untuk tidak meneruskan pertuduhan terhadap Zahid sebagai tidak bermoral, jabatan ini ingin menegaskan bahawa permohonan untuk melepas tanpa membebaskan dibuat kepada mahkamah berdasarkan kepada alasan-alasan yang telah dikemukakan dan telah pun diterima oleh mahkamah.

    “Semasa membuat keputusan tersebut, yang arif hakim menyatakan bahawa alasan-alasan yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan adalah kukuh (cogent),” kata Pejabat Peguam Negara dalam kenyataan ringkas, hari ini.

    Kenyataan itu susulan persoalan yang dibangkitkan banyak pihak berhubung tindakannya memohon DNAA bagi kesemua 47 pertuduhan terhadap Zahid atas dakwaan rasuah membabitkan Yayasan Akalbudi.

    Antaranya Pengerusi PN Muhyiddin Yassin yang mempersoalkan jika permohonan dibuat atas arahan pihak atasan kerajaan, dan menyifatkannya sebagai “tidak bermoral” dan titik hitam dalam sistem keadilan negara.

    Terdahulu hari ini, Presiden Muda Syed Saddiq Syed Abdul Rahman juga mengancam untuk menarik balik sokongan terhadap kerajaan – yang boleh menyebabkan kerajaan hilang majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat – jika tiada penjelasan diberikan berkenaan perkara itu.

    Dua parti komponen PH, iaitu DAP dan Amanah juga menggesa Idrus Harun yang akan tamat kontrak sebagai peguam negara untuk memberi penjelasan.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,248FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts