Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesZahid, Muhyiddin setuju selesaikan kes saman fitnah

    Zahid, Muhyiddin setuju selesaikan kes saman fitnah

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Timbalan perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi dan bekas perdana Menteri Muhyiddin Yassin bersetuju menyelesaikan kes saman fitnah membabitkan mereka.

    Dalam catatan Facebook hari ini, Muhyiddin dan Ahmad Zahid berkata mereka bersetuju menyelesaikan pertikaian peribadi itu selepas mengambil kira saranan daripada Hakim Mahkamah Tinggi serta keadaan semasa negara terutamanya soal kelangsungan hidup rakyat.

    “YAB Datuk Seri Ahmad Zahid Bin Hamidi dan YB Tan Sri Datuk Mahiaddin Bin Haji Mohd Yassin merakamkan penghargaan kepada Hakim Mahkamah Tinggi dan pegawai-pegawai Mahkamah yang terlibat serta juga berharap agar keputusan ini dapat diterima dan dihormati oleh semua pihak dan tidak dijadikan bahan yang boleh menganggu-gugat kesejahteraan dan kestabilan awam serta keyakinan rakyat kepada Institusi kehakiman negara,” menurutnya kenyataan mereka yang disiarkan di laman sosial masing-masing.

    Saman itu difailkan pada 4 April 2022 berhubung dakwaan Muhyiddin bahawa Zahid telah meminta bantuannya untuk menyelesaikan atau menangguhkan kes perbicaraan jenayah membabitkan presiden Umno itu.

    Ahli Parlimen Bagan Datuk itu memohon perintah mahkamah agar Muhyiddin menarik balik kenyataan yang didakwa berunsur fitnah.

    Pengerusi BN itu juga memohon injunksi sementara agar Pengerusi Perikatan Nasional itu memadam, menyunting dan menghentikan penerbitan sebahagian daripada rakaman

    video yang mengandungi kenyataan berunsur fitnah dalam portal berita dan media sosial, yang dimuat naik di Facebook PN dan saluran YouTube Astro Awani.

    Menurut pernyataan tuntutan, Zahid, 71, mendakwa semasa kempen pilihan raya Negeri Johor ke-15 di Mersing, di perkarangan Pusat Pembelajaran Sentuhan Kasih Felda Tenggaroh 3, pada 16 Feb 2022, Muhyiddin telah membuat kenyataan itu dengan niat jahat terhadapnya dan pada hari yang sama rakaman video kenyataan itu disiarkan di saluran YouTube Astro Awani.

    ALSO READ:  Pelaksanaan pelan mobilisasi LCS belum capai tahap signifikan - PAC

    Presiden Umno itu mendakwa kenyataan presiden Bersatu itu antara lain membayangkan bahawa plaintif telah menggunakan jalan pintas untuk menyelesaikan dan menangguhkan kes mahkamahnya yang sedang berjalan, bahawa dia telah meminta bantuan defendan untuk campur tangan dalam kes mahkamah dan sistem kehakiman, dan menagrahkan pembubaran DUN Johor.

    Zahid mendakwa dakwaan itu adalah palsu yang bertujuan untuk menjatuhkan reputasi dan nama baiknya.

    Dia menuntut ganti rugi am, teruk dan teladan, serta perintah agar Muhyiddin menyiarkan permohonan maaf secara terbuka di akhbar, dan relif dan kos lain yang dirasakan sesuai oleh mahkamah.

    Menerusi pernyataan pembelaan yang difailkan pada 9 Mei 2022, Muhyiddin menyebut mengnai pembelaan justifikasi, yang bermakna defendan bersedia untuk membuktikan di mahkamah bahawa kenyataannya didakwa benar.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts