Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata dia tidak sabar untuk kembali bertugas dan memberikan yang terbaik dalam menjalankan amanah dipertanggungjawabkan.
Menerusi catatan di Facebook rasminya, Ahmad Zahid yang kini dalam tempoh berehat selepas menjalani pembezahan baru-baru ini mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menziarahinya sebelum menghadiri Karnival Usahawan Desa di Putrajaya hari ini.
“Moga jalinan ukhwah ini terus berkekalan dan mendatangkan kebaikan bersama demi rakyat dan negara,” katanya.
Ahad lepas anak Ahmad Zahid, Datuk Nurul Hidayah memberitahu keadaan kesihatan bapanya baik selepas selesai menjalani satu prosedur pembezahan.
–Bernama