Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlines'Zahid tak yakin dengan Anwar atau terdesak kekal berkuasa?'

    ‘Zahid tak yakin dengan Anwar atau terdesak kekal berkuasa?’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Cadangan Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi agar satu Rang Undang-undang (RUU) digubal bagi menghalang pertukaran kerajaan di luar Pilihan Raya Umum (PRU) disifatkan sebagai kenyataan orang terdesak.

    Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan berkata parti itu tertanya-tanya apakah faktor yang mendorong Zahid membuat cadangan sedemikian sedangkan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim berkali-kali mendakwa kerajaan pimpinannya mendapat sokongan lebih dua pertiga di parlimen.

    “Adakah Zahid tidak yakin dengan dakwaan itu atau apakah beliau begitu terdesak untuk kekal berkuasa sehingga bersedia untuk membelakangkan perlembagaan dan demokrasi sama seperti yang dilakukannya bagi mempertahankan kedudukan sebagai presiden Umno walaupun berlawanan dengan keputusan majoriti ahli dan akar umbi parti tersebut?” soalnya dalam kenyataan media hari ini.

    Takiyuddin menegaskan pertukaran kerajaan di luar PRU dibenarkan di bawah Perlembagaan Persekutuan dan selaras dengan prinsip demokrasi yang diamalkan di semua negara, dengan syarat pihak-pihak yang mencabar kerajaan dapat membuktikan sokongan majoriti yang diterimanya.

    “Perlembagaan adalah sangat jelas dalam hal ini dan telah dimaklumi semua bahawa syarat sokongan majoriti ini menjadi asas pembentukan sebuah kerajaan secara sah sama ada susulan PRU atau pada bila-bila masa lain.

    “Ia juga merupakan syarat asasi bagi memperoleh perkenan Yang Di-Pertuan Agong untuk melantik menurut budi bicara Baginda seorang Ahli Dewan Rakyat yang pada hematnya mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli-ahli Dewan Rakyat sebagai Perdana Menteri untuk mempengerusikan Jemaah Menteri seperti yang diperuntukkan dalam Perkara 43(2)(a) Perlembagaan,” katanya.

    Pada 11 Jan lalu, Anwar berkata pembangkang tidak mempunyai kekuatan untuk meneruskan usaha menumbangkan kerajaan pusat sedia ada dengan memulakan undi tidak percaya di Parlimen.

    Anwar berkata ini terbukti kerana sehingga sekarang, pembangkang tidak membawa usul seumpama itu sepanjang setahun Kerajaan Madani.

    ALSO READ:  Kurang peruntukan jadi penghalang M'sia capai negara berteknologi tinggi

    Bagaimanapun Zahid semalam menyarankan agar RUU khusus dibentang untuk menghalang sesebuah gabungan ataupun mana-mana parti dominan yang membentuk kerajaan ditumbangkan di pertengahan penggal.

    “Jika sesebuah kerajaan diwujudkan atas (kemenangan) sesebuah parti itu yang dominan, atau gabungan parti politik itu dominan, dengan mendapat perkenan Agong, maka ia harus kekal hingga ke akhir penggal.

    “Jika tidak kita akan mengalami perkara yang terdahulu (peralihan kerajaan di luar pilihan raya) dan ini tidak baik untuk negara dan rakyat,” katanya dalam sidang media di Kuala Lumpur.

    Mengulas lanjut, Takiyuddin berkata, seseorang perdana Menteri yang hilang kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat perlu meletakkan jawatan bersama seluruh anggota jemaah menterinya atau membubarkan parlimen.

    “Maka dalam keadaan itu Yang di-Pertuan Agong hendaklah menggantikan perdana Menteri tersebut dengan pihak yang terbukti mendapat sokongan majoriti ahli-ahli Dewan Rakyat.

    “PAS percaya peruntukan perlembagaan berhubung perkara ini dan amalan berkaitnya di serata dunia adalah selari dengan idea demokrasi itu sendiri, iaitu sesebuah kerajaan hanya akan dianggap sah selagi ia menikmati sokongan majoriti,” ujarnya.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts