PRK PELANGAI | Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi membantah dakwaan Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan mengenai kehadiran “luar biasa” anggota polis dalam setiap program yang dijalankan oleh Perikatan Nasional di Pelangai.
Ahmad Zahid menyatakan bahawa Takiyuddin cuba menimbulkan kekeliruan dengan membuat kenyataan tersebut.
“Saya kenal dia secara peribadi. Dia akan menggunakan apa saja cara, tidak hanya untuk mencetus situasi politik, tetapi juga untuk mencipta kekeliruan.
“Polis adalah sangat profesional. Mereka berusaha untuk memudahkan mana-mana parti dan calon dalam berkempen.
“Jangan mempersoalkan profesionalisme agensi penguatkuasaan, terutamanya polis,” katanya kepada wartawan hari ini.
[Berita lanjut menyusul]