Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Saturday, October 5, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesZakaria Kasa meninggal dunia akibat sakit jantung

    Zakaria Kasa meninggal dunia akibat sakit jantung

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Mantan naib canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Prof Datuk Dr Zakaria Kasa yang dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Rayuan di Putrajaya daripada tuduhan salah guna kuasa pada Khamis lepas meninggal dunia akibat sakit jantung, semalam.

    Anak ketiganya Mohd Fauzi, 34, berkata arwah bapanya menghembuskan nafas terakhir di sisi keluarga di Hospital Slim River pada kira-kira 12.30 tengah hari semalam.

    “Arwah sudah beberapa tahun menghidap penyakit jantung.

    “Selepas selesai kes di mahkamah pada hari Khamis, arwah pulang ke Tanjung Malim (Muallim) dan dibawa ke hospital itu pada Jumaat lepas kerana tidak sedarkan diri dan menerima rawatan sehingga hari ini (semalam),” katanya ketika dihubungi Bernama.

    Beliau berkata jenazah dibawa ke Masjid Al-Mursyidin UPSI untuk dimandi dan disembahyangkan sebelum dibawa pulang ke kampung halaman di Kodiang Lama, Kedah untuk pengebumian malam ini.

    Allahyarham yang berkhidmat di UPSI pada 2007 hingga 2018 meninggalkan seorang isteri dan enam anak.

    Pada khamis lepas, Mahkamah Rayuan di Putrajaya melepas dan membebaskan Zakaria daripada tuduhan salah guna kuasa dengan memasukkan nama anak lelakinya untuk ditemu duga di universiti berkenaan, 10 tahun lepas.

    Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,237FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts