Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesZakat fitrah Perak ditetapkan RM8, RM16 dan RM24

    Zakat fitrah Perak ditetapkan RM8, RM16 dan RM24

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Kadar bayaran zakat fitrah di Perak bagi tahun ini ditetapkan pada RM8, RM16 dan RM24. Pegawai menjalankan tugas Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) Wan Maizura Wan Zahari berkata kadar RM8 itu ialah bagi orang yang menggunakan beras special tempatan (5 peratus hancur dan ke bawah) dan yang seumpama atau setara. “Bagi beras super import, beras peranang, beras wangi dan yang seumpama atau setara, kadar bayaran ialah RM16. “Bagi pengguna beras basmathi, beras pulut dan yang seumpama atau setara, kadarnya ialah RM24,” katanya dalam kenyataan di Ipoh hari ini.

    Tahun lalu kadar zakat fitrah Perak bagi ketiga-tiga pilihan penggunaan beras berkenaan ditetapkan masing-masing pada kadar RM7, RM14 dan RM21. Wan Maizura berkata kaedah bayaran zakat fitrah boleh dilaksanakan melalui amil zakat fitrah sama ada di masjid, surau, lokasi tumpuan orang ramai seperti kompleks beli-belah, pasar terbuka, stesen minyak dan premis perniagaan serta pejabat kerajaan atau swasta yang terpilih. “Amil zakat fitrah bertemu secara langsung dengan pembayar. “Kaedah ini boleh dilaksanakan oleh amil zakat fitrah dengan bergerak dari rumah ke rumah bagi memudahkan ahli kariah melaksanakan ibadah zakat fitrah terutama warga emas,” katanya.

    Menurut Wan Maizura, bayaran zakat fitrah juga boleh dilakukan secara dalam talian menerusi medium Financial Process eXchange (FPX) MAIPk dengan melayari laman sesawang aplikasi GoPayZ, Shopee atau Maybank2u. Pembayar boleh memuat turun penyata bayaran zakat fitrah menerusi sistem portal penyata zakat MAIPK di pautan untuk simpanan dan cetakan. “Penyata bayaran zakat fitrah boleh diperoleh selepas tiga hari transaksi dibuat,” katanya. – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,246FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts