Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesZambry: M'sia tak mahu OIC sekadar buat kenyataan kutuk Israel

    Zambry: M’sia tak mahu OIC sekadar buat kenyataan kutuk Israel

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Malaysia menolak pertemuan dan mesyuarat dalam Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang hanya menjurus kepada kenyataan kutuk-mencutuk tanpa tindakan konkrit untuk menyelesaikan masalah Palestin.

    Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir menegaskan perlunya negara-negara anggota OIC memberikan penegasan untuk menghentikan gencatan senjata dan pembunuhan di Palestin.

    Beliau berkata, “Kita tidak mahu pertemuan OIC yang tidak menghasilkan impak. Perlu ada tindakan konkret dari negara anggota untuk menyegerakan gencatan senjata dan menghentikan serangan kejam oleh rejim Israel.”

    Zambry telah menghadiri mesyuarat Menteri luar OIC sempena Sidang Kemuncak Tergempar OIC kali kelapan di Riyadh, Arab Saudi hari ini.

    Sidang Kemuncak Tergempar tersebut akan membincangkan kezaliman dan serangan tidak berperikemanusiaan oleh rejim Israel terhadap Palestin.

    Dihoskan oleh Putera Mahkota dan Perdana Menteri Arab Saudi Mohammed bin Salman, sidang kemuncak tersebut turut dihadiri oleh pemimpin dan wakil negara anggota OIC.


    Sidang Kemuncak Tergempar merupakan kerjasama pakat antara Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan beberapa pemimpin OIC.

    Perdana Menteri dijangka tiba di Riyadh hari ini dan akan menyuarakan pendirian Malaysia berkenaan isu Palestin yang berlarutan.

    “Perlu tindakan segera untuk menamatkan peperanangan ini. Pembunuhan kejam terhadap kanak-kanak, wanita dan penduduk awam tidak boleh dibiarkan atas nama ‘self-defence’ Israel,” kata Zambry.

    Sidang Kemuncak Tergempar OIC hari ini akan didahului dengan Sidang Kemuncak Negara-Negara Arab.

    Zambry berkata kenyataan bersama akan dikeluarkan pada akhir kedua-dua sidang tersebut dengan harapan ianya memberi impak besar.

    Malaysia mahu tindakan konkret untuk menyelesaikan masalah rakyat Palestin, bukan hanya di Gaza tetapi juga di Tebing Barat yang kini diserang oleh rejim Israel.

    Serangan berterusan rejim Israel terhadap penduduk Palestin di Gaza sejak sebulan lepas telah meragut lebih 11,000 nyawa, kebanyakannya adalah wanita dan kanak-kanak.

    ALSO READ:  Kes rasuah: Reman bekas setiausaha politik, 'Datuk Seri' disambung

    -Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts