Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Wednesday, September 18, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesZambry nafi rombakan kabinet untuk lindungi presiden Umno

    Zambry nafi rombakan kabinet untuk lindungi presiden Umno

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Rombakan Kabinet adalah hak prerogatif Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan ia tidak ada kaitan dengan soal politik, kata Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

    Menteri Pendidikan Tinggi yang baharu itu berkata Perdana Menteri mempunyai hak mutlak untuk membina pasukan yang difikirkannya adalah terbaik bagi melaksanakan tugas kepada rakyat.

    “Tentunya beliau (Anwar) sudah membuat penilaian yang terbaik untuk meneruskan (gerak kerja) dan juga respons yang beliau peroleh daripada rakyat, bagaimana beliau menyusun semula (Kabinet).

    “Ia (rombakan) tidak ada kaitan dengan soal politik seperti yang dispekulasi oleh sesetengah pihak,” katanya kepada pemberita selepas mengimbas cap jari sebagai simbolik permulaan tugas rasmi di Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) di Putrajaya hari ini.

    Zambry yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno berkata demikian sebagai mengulas dakwaan antara faktor rombakan Kabinet diumumkan Anwar pada Selasa lepas adalah untuk melindungi pengaruh Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Presiden Umno merangkap Timbalan Perdana Menteri.

    Anwar melakukan rombakan Kabinet yang pertama sejak penubuhan Kerajaan Perpaduan dalam usaha memperkukuh pentadbiran sesuai dengan tuntutan dan keperluan semasa.

    Rombakan itu turut melibatkan pertukaran portfolio Menteri-Menteri Umno antaranya Zambry yang dahulunya Menteri Luar bertukar portfolio kepada Menteri Pendidikan Tinggi.

    Portfolio Menteri Luar digalas Timbalan Presiden Umno Datuk Seri Mohamad Hasan manakala Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin memegang portfolio Menteri Pertahanan.

    Zambry berkata penstrukturan semula Kabinet adalah perkara biasa bagi memantapkan lagi pentadbiran kerajaan.

    “Tumpuan kita ialah apa yang perlu kita laksanakan, apa yang sudah perdana Menteri tetapkan kerana matlamat dalam kerajaan Madani ialah untuk memberi yang terbaik kepada rakyat,” katanya.

    ALSO READ:  Ukraine accuses Russia of executing injured prisoners at Avdiivka, Vesele

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,255FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts