Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesZon bebas kenderaan di Banda Hilir tidak akan dibatalkan - KM Melaka

    Zon bebas kenderaan di Banda Hilir tidak akan dibatalkan – KM Melaka

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Pelaksanaan Zon Bebas Kenderaan di Banda Hilir, Melaka tidak akan dibatalkan tetapi pelbagai penambahbaikan dijangka dilakukan dari semasa ke semasa, termasuk dari segi penyuraian trafik.

    Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusof berkata bahawa satu kaedah yang bakal diperkenalkan ialah pembukaan beberapa laluan alternatif bagi memudahkan kenderaan, terutama pelancong, memasuki kawasan tersebut dan sekitarnya.

    “Setakat ini, Zon Bebas Kenderaan di Banda Hilir masih di peringkat percubaan dan kita masih mendapatkan maklum balas daripada rakyat Melaka untuk menambah baik pelaksanaannya.

    “Zon Bebas Kenderaan ini bersifat kekal pada hujung minggu bermula Jumaat hingga Ahad kerana kawasan itu merupakan tumpuan pelancong sekali gus ia memberi tambah nilai kepada pelancong dan pengusaha produk pelancongan di situ,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Amanat Tahun Baharu 2024 di Melaka hari ini.

    Ab Rauf mengakui bahawa pelaksanaan Zon Bebas Kenderaan mempunyai kesan terhadap peniaga di kawasan tersebut, tetapi beliau memberi jaminan bahawa keadaan ini bersifat sementara dan diyakini akan memberi keuntungan yang lebih baik dalam tempoh beberapa bulan akan datang.

    Beliau mencontohkan pelaksanaan Zon Bebas Kenderaan di Jonker Walk sebelum ini yang juga mendapat tentangan, tetapi kini peniaga di sana meminta agar ia dikekalkan kerana memberi kesan positif, terutama dari segi ekonomi.

    Zon Bebas Kenderaan di Banda Hilir melibatkan penutupan jalan selama 54 jam bermula dari 6 petang setiap Jumaat hingga 12 tengah malam Ahad. 

    Penutupan dan perubahan jalan itu bermula dari Persimpangan Jalan Laksamana dengan Jalan Banda Kaba (di antara Bangunan Public Bank Banda Hilir dan Bangunan Madonna) melalui Jalan Banda Kaba, Lorong Chan Koon Cheng dan Jalan Chan Koon Cheng hingga Hotel Equatorial.

    ALSO READ:  Three doctors, 30 others remanded for falsifying Perkeso claims

    Walaupun mendapat tentangan daripada peniaga makanan dan cenderamata di Medan Samudera, mereka berharap kerajaan Negeri mempertimbangkan inisiatif ini dan memendekkan tempoh penutupan jalan kepada hanya setiap Sabtu seperti sebelum ini.

    – Bernama

    Ab Rauf Yusof
    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,247FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts