Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesZuraida bidas cubaan wajarkan tindakan bawa anak tahfiz ke konsert

    Zuraida bidas cubaan wajarkan tindakan bawa anak tahfiz ke konsert

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur
    Zuraida Kamaruddin menolak penjelasan seorang ahli perniagaan yang membawa sekumpulan pelajar tahfiz ke sebuah konsert di Shah Alam, Sabtu lalu. Timbalan presiden Muafakat Nasional (MN) berkata penganjur cuba menjustifikasikan tindakannya dengan alasan mereka pelarian Rohingya, tidak faham Bahasa Melayu dan mahu memberi pengalaman. Menegaskan tidak menolak hiburan, Zuraida bagaimanapun mengingatkan bahawa ia mestilah sesuai dengan agama dan tidak melampau batas.

    “Namun begitu, apa yang kita lihat di dalam konsert yang diadakan baru-baru ini ia jelas tidak menurut syariat Islam yang mana adanya percampuran lelaki dan wanita yang bukan mahram dan juga persembahan-persembahan tarian di atas pentas yang amat tidak bersesuaian, bukan sahaja dengan ajaran Islam tetapi juga adat budaya kita sebagai orang timur,” katanya.

    Di tengah-tengah kontroversi itu semalam, ahli perniagaan Andrie Ung Han Xian tampil mengaku bahawa dialah yang membawa anak tahfiz itu ke konsert Kepci Muzik Fest di Shah Alam pada 26 Ogos. Ung bagaimanapun mempertahankan niatnya sebagai ikhlas untuk memberi peluang kepada anak-anak yatim yang kurang berkemampuan merasai pengalaman dan meraikan acara itu. Ung, anak ahli perniagaan terkemuka di Kelantan dan aktif dalam kerja-kerja kebajikan, mendedahkan dia bersama rakan-rakannya mengumpulkan 700 orang anak yatim dari 22 buah rumah anak-anak yatim di seluruh negara. Dia menambah kanak-kanak yang ditularkan memakai jubah hijau dan berserban putih itu dari Madrasah wa Tahfiz al-Quran Rohingya di TTDI Jaya yang tidak faham bahasa Melayu.

    Dalam kenyataan hari ini, Zuraida menyifatkan apa yang berlaku sebagai “parah” apabila pelajar tahfiz yang sedang dalam usaha menghafal Al-Quran dibawa. ‘Mudir kena peka’. Dia justeru mengingatkan mudir atau guru besar sesebuah pusat tahfiz atau pengendali rumah anak yatim Muslim supaya peka apabila menerima undangan pihak luar. Zuraida juga berkata pihak berkuasa tempatan (PBT) yang mengeluarkan lesen hiburan menyemak setiap peranancangan atau tentatif yang dibuat oleh penganjur.

    ALSO READ:  Abang Jo: Projek empangan melata akan dipindah jika penduduk bantah

    “Permohonan lesen hiburan sementara seharusnya diperketatkan lagi dengan bukan sahaja tentatif acara tersebut dilaporkan kepada pihak berkuasa, tetapi juga ditambah lagi dengan tetamu-tetamu jemputan turut perlu dimaklumkan kepada mereka.

    “Saya amat berharap perkara ini tidak akan berlaku lagi, yang mana, pelajar tahfiz/sekolah agama dan juga anak-anak yatim Muslim tidak dibawa ke program-program lagha (sia-sia) dan juga boleh mendatangkan kesan yang amat buruk kepada diri mereka,” katanya.

    Terdahulu tular rakaman video yang memaparkan pelajar tahfiz hadir ke konsert berkenaan yang diadakan sempena ulang tahun ke-50 syarikat rangkaian makanan segera KFC. Video itu diambil ketika artis sedang menyanyi dan berjoget di pentas. Tindakan itu dikecam oleh Perikatan Nasional (PN), pendakwah bebas dan orang ramai yang melihatnya sebagai tidak sensitif.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts